Saturday, January 10, 2009

BOIKOT!!! atau BOIKOT???

Di sana sini masyarakat Islam di dunia termasuk Malaysia, sibuk memperkatakan tentang kekejaman rejim zionis Israel. Maka timbullah supaya dipulau atau memboikot produk-produk yang menyumbang kepada ekonomi Israel. Penekanan yang sungguh kuat kepada 3 atau 4 produk utama yang saya percaya masyarakat terutama yang muslim sedia maklum.

Apakah produk itu? Sendiri mau ingatlah...

Persoalannya, tahukah anda bahawa pemboikotan barangan tersebut bukanlah isu baru tetapi telah lama dihebahkan?

Kenapa masyarakat Islam lalai atau buat-buat lupa? Apa susah sangat ke nak boikot? Kalau tidak boleh boikot semua, boikot sahajalah produk utama yang telah lama
diwar-warkan itu.

Nak berperang jauh sekali. Inilah sahaja jihad kita selain bantuan derma yang tidak boleh menghidupkan semula saudara kita yang mati syahid.

3 comments:

BROTHER said...

Bro...cakap memang mudah, tp nak laksanakan tu bukan mudah, kita suruh org lain boikot, tp kita sendiri guna brg luar...apa citer..Dan satu lg bukan PR yg perintah pusat...kalo PR perintah bolehlah jugak tapi bukan semua brg boleh halang...ia akan mengambil masa juga...dan ekonomi malaysia bukannya boleh jana dengan dana yg ada...fikir2 kan lah

Bono said...

Al-Quran & Hadis undang-undang tertinggi di Malaysia?

Baru ini saya melewati Wikipedia dan mendapati jawapan kepada status kebebasan beragama di Malaysia seperti di bawah:

Status kebebasan agama di Malaysia merupakan satu isu kontroversi. Islam merupakan agama rasmi dan Perlembagaan Malaysia meletakkan sekatan terhadap kebebasan beragama, paling ketara penyebaran agama selain Islam kepada Muslim. Bagaimanapun, persoalan sama ada Malaysia merupakan negara Islam atau sekular masih belum berjawab; Wikipedia

Saya meneliti Perlembagan dan mendapati tafsiran sebenar Perlembagaan Malaysia menunjukkan Al-Quran & Hadis adalah sebenarnya undang-undang tertinggi di Malaysia, dan mana-mana undang-undang, perjanjian atau perbuatan bercanggah dengannya adalah tidak sah dan menjadi terbatal.

Namun itu kenapa ia menjadi sebaliknya? Kenapa perlaksanaan Al-Quran dan Hadis sebagai undang-undang tertinggi diabaikan dan disisihkan? Ini kerana perlaksanaan undang-undang hari ini berasaskan fahaman yang terpesong dari maksud sebenar Perlembagaan. Ini kerana mereka menafsirkan perkara 3 (1) Perlembagaan sebagai bermaksud Islam agama rasmi di Malaysia. Ini adalah penafsiran yang terpesong. Terdapat beberapa faktor dan antara fahaman terpesong kerana pengamal undang-undang tidak memahami definisi Islam yang sebenar, dan isu tidak pernah dicabar di Mahkamah.



Alasan Ringkas

Berdasarkan di atas, alasan ringkas ialah bagi dakwaan Al-Quran & Hadis sebagai undang-undang tertinggi ialah:

Reason:

1. Perlembagaan adalah undang-undang tertinggi

2. Undang-undang tertinggi menyatakan Islam agama Persekutuan

3. Islam agama Persekutuan bermaksud Pengabdian Persekutuan

4. Pengabdian Persekutuan bermaksud Persekutuan mesti membenarkan perlaksanaan ibadah mengikut Al-Quran & Hadis

Conclusion: Ini bermaksud Perlembagaan mesti membenarkan ibadah terkandung di dalam Al-Quran & Hadis, dan termasuk perlaksanaan undang-undang Islam. Oleh itu ini membawa maksud undang-undang Al-Quran & Hadis adalah undang-undang tertinggi di Malaysia(bersambung - artikel Penuh: http://muslimvillage.wordpress.com/)

Sang Kelembai Johor said...

blog ni xupdate ker ??

pkr mmg hangat2 tahi aym jer !

UMNO bukit batu