Di Malaysia, 1 Januari setiap tahun merupakan cuti umum kecuali Johor, Kedah, Kelantan & Trengganu. Mengapa perlu diberi cuti percuma melainkan hanya untuk menyambut tahun baru?
Adakah kerana cuti ini kita boleh:
1. berpesta sampai ke pagi?
2. buat maksiat sesukahati?
3. sewa hotel dan bercampur sesama bukan muhrim?
4. mabuk-mabuk dan sebagainya?
Ia bukanlah faktor utama tetapi tidak salah jika dimasukkan di antara penyebab masaalah sosial muda-mudi sekarang. Di malam tahun baru itulah kita dapat lihat pergaulan bebas muda-mudi tanpa batasan dan tanpa segan-silu melakukan perkara yang dilarang atau yang kurang sopan untuk dilihat.
Oleh itu, kepada negeri-negeri yang mengambil 1 Januari sebagai cuti umum, renung-renungkanlah...
Selain itu, masalah sosial di malam tahun baru juga boleh dikurangkan dengan mewajibkan hari persekolahan pada 1 Januari (melainkan jika ia jatuh pada hari Sabtu, Ahad atau cuti umum).
Dengan ini, muda-mudi yang ingin berpesta akan berfikir dua kali kerana keesokan harinya adalah hari bekerja atau sekolah. Jika mereka memohon cuti, sudah tentu bukan semua cuti yang akan diluluskan oleh majikan. Kalau mereka ambil mc, takkan satu pejabat semua mc kot?
Sekurang-kurangnya, ada nawaitu iaitu untuk membenteras atau mengawal gejala sosial yang semakin menjadi-jadi.
(amk kulai)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment