Tahun baru 2009 terukir sejarah terburuk negeri Johor apabila Kampung Baru Plentong Tengah lenyap daripada peta dunia. Rumah penduduk ranap menyembah bumi akibat kerakusan pemaju yang dilindungi oleh kerajaan negeri.
Kampung tradisi melayu yang dihuni oleh orang melayu, di dalam negeri yang 50 tahun diperintah oleh orang melayu tetapi akhirnya dipaksa berpindah di tepi hutan yang langsung tiada kemudahan asas. Mereka juga tidak diberi pampasan yang sewajarnya.
Peliknya, penduduk-penduduk kampung ini adalah penyokong setia umno. Oleh itu, sedarlah bahawa umno bukan membela kepentingan melayu malah merupakan pengkhianat melayu!
Ibarat kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan. Harapkan pagar, pagar makan padi!!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment