Saturday, January 10, 2009

Kemuncak Bantahan Terhadap PPSMI

Adakah kerajaan sedar bahawa mereka sebenarnya cuba menegakkan benang yang basah atau buat-buat tak tahu kerana keegoan diri melebihi daripada kepentingan masyarakat dan negara.

Butakah mereka ini kerana Pengajaran Dan Pembelajaran Sains Dan Mathematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) bukan sahaja dibantah oleh orang-orang kampung malah oleh Gapena, Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Pena), Kesatuan Sekerja Dewan Bahasa Dan Pustaka (DBP), ABIM, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKIM), Teras, tokoh bahasa, para cendikiawan dan badan bukan kerajaan (NGO) termasuklah parti pembangkang, malah parti komponen BN sendiri iaitu MCA turut membantah.

Pelik, Hishamuddin tak buat kajian ke? Umno sendiri je yang sokong, itu pun bukan semua. Bangang!

Wahai ahli-ahli umno, nasihatkanlah pemimpin-pemimpin kamu yang bongkak. Kembalikan kedaulatan Bahasa Melayu. Letakkanlah kelogikkan dan kewarasan pada tempatnya iaitu dengan meningkatkan tahap pemahaman pelajar dalam pembelajaran matapelajaran Bahasa Inggeris itu sendiri dan bukannya menjadikan Sains dan Mathematik sebagai mangsa.

1 comment:

Unknown said...

UMNO memang tak ada sifat kemelayuan sebab tu skrg dia buat wajib lulus b.ingeris plak..yg PPSMI pun dibantah oleh golongan profesional pun mereka tak sedar...walauapapun ada hikmah untuk PR agar PRU 13, UMNO BN akan hancur ibarat ketelulan tepung.